Saturday, December 26, 2009

Jimat sangat ke pakai CD?

Yer, jimat... Sangat-sangat jimat berbanding anda menggunakan lampin pakai buang/ disposable diapers/ DD/ dispo/ 'pampers'/ sposies... Betul, tak caya?

Cuba anda kira sendiri berapa peruntukan anda sebulan utk DD anak anda?? Anda tentu lebih bijak dlm kira2 kewangan keluarga anda...

Jika dibandingkan dgn lampin pakai buang mmg penggunaan CD jauh lebih jimat... Cuma pada awal2 sahaja anda berasa sesak nafas utk beli 10-20 CDs sekali gus. Seperti yg saya katakan, anda boleh beli sikit2, cthnya 3 CD setiap bulan dan beralihlah kepada CD secara perlahan-lahan. Kalau anda beli 3 CD setiap bulan, 5 bln dah ada 15...

Tambahan pula masa kini terdapat byk blog yg menyediakan skim kutu/ bayaran ansuran, semata-mata utk membantu anda yg mempunyai niat yg besar utk bertukar kepada cloth diapers!!

Sesungguhnya, ya, sesungguhnya sistem lampin paling murah dari dulu sampai skg adalah lampin konvensional yg flat (4 segi) tu yg perlu dipakai dgn diaper cover/ plastik ikat... Tp penggunaan lampin itu adalah amat kurang sesuai pada masa kini, kerana;

1. Sekali kencing dah basah/ mudah bocor, jadi kena selalu tukar.
2. Byk kerja, susah dan lambat (nak kena lipat2 segala, lepas pakai kain, kena pakai cover pulak)
3. Kena pin lampin itu (pakai pin)
4. Susah nak pakaikan pada baby yg tak duk diam (mcm anak saya ni)
5. Nak basuh pun agak susah/ tak sesuai basuh mesin (sbb nanti tak jadi bentuk 4 segi elok lagi)
6. Memerlukan ampaian yg luas utk menyidainya (kalau kat kampung senang la) ~ kalau CD moden ni boleh pakai penyangkut sepit2 tu jer...
7. Kesan 'stain' susah nak tanggal dekat lampin dan lampin juga cepat usang...

8. Kena lipat cantik2 seblm disimpan (bila angkat dari jemuran)
~ CD moden tak perlukan kerja melipat.
9. Amat tak sesuai kalau nak hantar anak ke nursery/ pengasuh. Kalau pakai CD boleh aje skg ni...
10. Juga amat tak sesuai kalau nak travel/ balik kampung. Jika CD moden masih boleh dipertimbangkan utk pakai semasa outing/ travel/ balik kampung.
11. Kena pakai seluar (hehe) ~ CD moden takyah pakai seluar pun takpe, lagi cute!!

Dah, saya dah bagi 11 sebab tu....

Saya tidak 'menghina' lampin flat kerana saya dan adik2 saya juga membesar dgn lampin itu (huhu)... Sgt terharu mengingatkan pengorbanan umi dan abah membasuh kain lampin kami adik-beradik (pernah serentak 2 org berlampin.. sila bayangkan byk mana kena basuh... huhu)... Masa tu 'pampers' begitu mahal n pakai time berjalan saja... Malam pun pakai lampin kain (kena tukar 2, 3 kali sepanjang mlm, apalagi kalau jenis heavy wetter tu)......

Sekarang kita amat bertuah kerana kita dah ada pilihan yg lebih baik, satu inovasi dlm sistem perlampinan yg lebih praktikal dgn gaya hidup masa kini... Jadi, tiada alasan utk kita tidak mahu mencuba sesuatu yg jauh lebih baik drp lampin pakai buang!!!

Satu hal lagi, jika anda bandingkan penggunaan CD dgn lampin pakai buang paling murah di pasaran pun sudah tentu penggunaan CD lebih menjimatkan. Mengikut pengalaman saya, jika DD yg murah = kurang menyerap basahan (kencing sekali dah basah) = kena selalu tukar.

Jadi... anda perlukan lebih banyak DD dalam sehari. Mungkin 7-8 atau hingga 10 keping sehari. Katakan harga DD yg paling murah di pasaran adalah 30 sen satu. Cubalah kira, berapa yg anda perlu belanjakan dari bayi anda yg baru lahir hingga berusia 3 tahun............ Kira, jgn tak kira...

Oh ya, jika anda katakan penggunaan CD perlu guna banyak air utk basuh dan letrik (mesin basuh)... pada saya itu semua tidaklah terlalu banyak nak dibandingkan dgn duit yg dibuang begitu sahaja utk beli lampin pakai buang.

Penggunaan air dan letrik adalah lebih jimat (lebih berbaloi) jika kita basuh 2-3 hari sekali (maknanya hanya guna mesin basuh 10-15 kali sahaja sebulan). Sabun basuh pun pakai sikit saja utk basuh CD...

Kesimpulannya, tidak syak lagi bahawa sistem lampin kain moden (cloth diapers) adalah paling menjimatkan!! Jadilah pengguna bijak, bertukarlah ke cloth diapers sekarang.... Saya sudah, anda bila lagi?? (huhu, kempen jgn tak kempen)...

Nota: Mungkin bagi sesetengah orang wang bukan masalah (utk beli DD paling mahal berpek-pek setiap bulan), tetapi fikirkanlah juga kesihatan bayi kita dan alam sekitar... Lagipun berjimat-cermat itu kan amalan yg mulia?!!

Wednesday, December 23, 2009

Style dan design CD


Beberapa style/ design CD masa kini, esp pocket CD berdasarkan;

1. Plain atau printed ~ iaitu sama ada 'kosong' atau bercorak dan ada juga yg bertulisan (wording)

pic credit to allthingspurple.blogspot

2. Closure (utk pelarasan pingang/ waist adjustment) ~ iaitu sama ada snap button, velcro tape ataupun jenis hook (cangkuk). Snap button adalah butang katup dan velcro tape pula adalah jenis 'zrap' mcm kasut tu. Yg byk digunakan adalah snap button dan velcro.

snap button

velcro tape

hook (Wahmies)

Dan ada juga yg style 'side-snapping' seperti ini

(Knickernappies)

3. Bahagian pocket opening ~ iaitu di bhg tempat masuk insert itu, ada yg 'open' dan ada yg 'hidden'/ tertutup.

bhg pocket opening yg 'open' (fuzzibunz)

bhg pocket opening yg 'hidden'/ tertutup (KS)

(pic credit to niezapunyablog.blogspot)


Dan ada juga yg bergetah seperti ini (Crazy Momy)

(pic credit to mdanial.blogspot)

4. Sizing ~ sama ada one size ataupun sized (multisize).

One size maknanya saiz S, M dan L dalam satu (boleh di'adjust' mengikut saiz baby hanya dgn setting butang2nya). Ini bermakna satu CD one size fits baby dari 3 hingga 13 kg (dan ada yg sampai XL, 15-17kg).

Sized (atapun multisize) maknanya CD didatangkan dalam saiz S, M dan L (ada yg XL). Maknanya anda harus beli saiz yg berbeza mengikut tahap pembesaran anak anda (sama seperti saiz lampin pakai buang). Contohnya, anda beli saiz S utk anak anda yg baru lahir, apabila anak anda harus bertukar kepada saiz M, anda harus beli saiz M pula. Dan apabila perlu bertukar kepada saiz L, beli pula saiz L.

Ini adalah contoh CD sized (bersaiz) ~ tiada butang utk adjust size2 yg lain.

Fuzzibunz size S

Dan ini contoh CD one size ~ terdapat butang utk adjust size.

(bumGenius)

~Kaklong Nuzula~

Last updated : 19 Disember 2009.

Tuesday, December 22, 2009

Rainbow BB

Ini adalah cloth diaper jenama Rainbow BB


Terdapat dlm 12 warna (tp dlm gambar di atas 10 warna jer)

Juga adalah one size pocket diaper...

Ni rupa CD ni.......

pandangan sebelah luar (outer layer adalah PUL), dgn snap button

inner layer adalah microfleece

CD (pocket pant) dan insert

insert microfiber (2 insert bg setiap CD)

3 saiz (S, M, L)


Ni adalah perbandingan Coolababy dan Rainbow BB.

(All pics credit to Fraase Family blog).




Nota saya:

- Cutting Rainbow BB adalah lebih kecil drpd Coolababy, sangat sesuai utk newborn dan boleh dipakai sehingga berat 12 kg (dlm 2 thn gitu).

pic credit to www.clothdiapersmurah.com (indonesia)

- Jadi, amat berbaloi la beli jika baby baru lahir atau masih kecil lagi....

- Saiz S nya sgt kecil, cute sgt!! Walaupun dia cakap saiz S, M, L... tp saya rasa CD ni adalah XS (newborn), S hingga M atau mgkin boleh sampai L, bergantung pada saiz n bentuk badan baby...

- Warna2nya sgt menarik, lembut aje (saya pun rasa nak rembat semua warna.. huhu)

- Dia ada lapisan PUL di bhg inner (depan) sbg penghalang kebocoran dari depan/ pinggang, sama seperti bumGenius (yg berharga RM85)...


- Saya sendiri dah cuba CD ni utk anak saya, so far OK. Fitting dia pun ok dgn anak saya. CD ni pun anak saya setting saiz M (coolababy n babyland printed pun saiz M)...

- Keseluruhannya OK.... Sgt worth the price!!

UPDATE: Kini terdapat RAINBOW BB jenis velcro (pelekat).

Saturday, December 12, 2009

AIO vs pocket diaper

Ini adalah contoh satu cloth diaper AIO (brand Coolababy)

thanx to tuan punya gambar ni... tak tahu sape punya.. huhu

AIO maknanya all-in-one ~ semua dalam satu, tidak perlu masukkan insert kerana insert sudah dijahit siap di dlm diaper itu.

Gambar di bwh ini adalah pocket diaper/ pocket CD yg perlu dimasukkan insert (atau soaker).

pic credit to puan punyer (juallampinmoden.blogspot). Thanx!

So ni perbandingan antara AIO dan pocket diaper, kita lihat dari segi;

Rupa
- AIO adalah 'sejibik' mcm lampin pakai buang yg biasa kita pakai tu (cuma blh basuh dan dipakai semula... itu saja!)

Senang pakai (senang kerja)
- Tentulah AIO (tak perlu masukkan insert dan tak perlu betulkan insert itu)

Basuhan
- Nak basuh AIO tak perlu keluarkan insert.

Pengeringan
- Pocket diaper adalah lebih cepat kering kerana pocket pant dijemur berasingan dgn insert. Pocket pant adalah sgt cepat kering, jadi cepat boleh dipakai kembali (tambahan pula jika anda ada byk insert).

Kebersihan
- Drp apa yg saya baca, dari segi kebersihan, AIO kurang terjamin kebersihannya ~ mungkin ada kuman yg terperangkap (hihi), sbb insert terletak dlm tu. Jadi ada yg 'terfikir' utk menggunakan pembasmi kuman utk membasuh AIO (sebenarnya tak perlu guna Dettol utk basuh CD, kehangatan cahaya matahari sudah cukup utk membunuh kuman!!)

Nota: Pada pendapat saya, CD AIO yg dibasuh (dah kering) adalah bersih dan bebas kuman, kerana dibasuh/ dibilas dgn air yg mencukupi ~pakai mesin basuh dan dijemur di tempat yg terbuka/ kena cahaya matahari. CD AIO yg dah kering adalah tidak berbau apa-apa (tiada bau busuk/ hancing). Kalau terkena 'bhn buangan' baby pun kesan tu akan terus hilang (tanpa perlu rendam/ gosok dgn teruk). Tapi kalau basuh tangan tak tahu la, mungkin akan hilang juga kalau kena cahaya matahari.

Jangka masa panjang

-Utk jangka masa panjang, insert (lapisan penyerap) di dlm CD AIO itu mungkin akan buruk/ usang dan kita tak dapat tukar insert dlm tu. Sedangkan bg pocket diaper kita dpt tukar insert itu dgn insert yg baru.

Lebih efisyen dan praktikal

- Bergantung kpd anda dan situasi anda. Jika anda menghantar anak ke nursery/ pengasuh mungkin AIO lebih praktikal. Dan jika anda seorg yg sentiasa sibuk (malas/ tiada masa nak masuk2kan insert) juga mungkin AIO pilihan yg lebih tepat.

- Dari satu sudut, AIO adalah lebih efisyen kerana insert itu telah dijahit kemas ('terletak' di dlm diaper) dan tak perlu dibetulkan sebagaimana pocket diaper (yg mana kalau tak terletak elok insert itu blh mengakibatkan kebocoran). Jadi kemungkinan bocor bg CD AIO juga mungkin kurang kerana insert itu tidak bergerak lagi (terutama bg bayi yg aktif).

- Tapi dari sudut yg lain pocket diaper adalah amat praktikal kerana kita boleh memilih utk meletakkan insert itu 1 atau 2, melipat insert di bhg hadapan atau blh juga menggunakan insert jenis lain spt hemp atau bamboo. Sedangkan bg AIO we have no choice. Apapun AIO tetap mempunyai peminatnya yg tersendiri....... Terpulanglah kpd anda!!

Nota:

Saya sendiri pun ada menggunakan CD AIO. So far okey, cuma lambat sket je la kering (tapi takde la sampai 2 hari baru kering.. hehe). Rasanya tak sampai sehari blh kering if tempat jemur dpt direct sunlight... Kalau baby poop pun tak meninggalkan kesan kuning pada inner CD tu... OK jer (kembali putih)...

Anak saya pakai CD AIO ni juga boleh tahan 4 jam, tanpa bocor!! Utk CD Coolababy AIO anak saya setting saiz S ok dgn dia (if Coolababy poket saiz M)... Oh ya, CD Coolababy AIO langsung tak bulky... nipis jer (lebih kurang pocket CD+insert, or lagi nipis?)...

Buat masa ini tidak terdapat banyak pilihan utk CD AIO di Malaysia. Kebanyakan CD AIO adalah dr jenama luar negara (yg harganya tahu2 ajelah). Jadi Coolababy AIO adalah pilihan yg terbaik jika anda mahu mencuba CD AIO (dgn harga yg sgt berpatutan skg, mula2 dulu harganya RM40-45!!).

Review CD Coolababy AIO (oleh Nieza, Juzer's Family)

Kesimpulannya, elok jugak anda try sendiri CD AIO ni, barulah anda tahu yg mana sesuai utk anda (n baby anda)... Lagipun saya rasa tak rugi kita ada 2, 3 CD AIO sebagai selingan dgn pocket CD... Apapun, terpulanglah kepada anda.......

~ Kaklong Nuzula ~

Last updated: 11 Januari 2010.

Friday, December 11, 2009

Jenis dan design insert

Dari segi material utk insert, terdapat beberapa jenis seperti microfiber, hemp dan bamboo. Terdapat juga insert dari jenis wool dan terry cotton ke gitulah tapi jarang digunakan n sukar didapati di Malaysia (kena order online dari luar negara).

Ini adalah contoh insert microfiber (paling biasa n byk digunakan). Kebanyakan pocket CD yg dijual menggunakan insert jenis ini.

Rupanya seakan-akan tuala, biasanya terdiri drp 3 lapisan microfiber.

Ini adalah insert hemp


(Moo Moo Kow)

(Crazy Momy)



(Lunatots)


Ini pula insert bamboo


(dari dekat)


Ini adalah insert bamboo Wuddah (utk maklumat lanjut boleh ke Awrastore)


Insert hemp dan bamboo

- Kelebihan insert hemp dan bamboo adalah dapat menyerap dan menyimpan lebih banyak air berbanding insert microfiber. Insert ini juga bersifat anti-bakteria.

- 1 insert hemp/ bamboo sama dgn 2 insert microfiber (dari segi daya serapan).

- Jadi sesuai utk baby yg jenis heavy wetter atau utk perjalanan jauh. Juga sesuai utk dipakai pada waktu malam.

- Utk kuasa penyerapan yg maksimum, boleh gunakan bersama insert microfiber (di atas) dan insert hemp/ bamboo di bawah. (Nota: Insert microfiber menyerap lebih cepat drp insert hemp/ bamboo).

- Perlu dibasuh 7-8 kali utk serapan yg lebih bagus.

- Utk pre-wash, jgn basuh bersama insert yg lain (dari jenis microfiber).

- Harga insert hemp dan bamboo mmg lebih mahal drp insert microfibre (jauh lebih mahal!).


Terdapat juga insert yg berwarna-warna seperti ini...

(jenis microfiber)


(Swaddlebees bamboo)


Dari segi rupa dan design pula, ada insert yg berbentuk melengkung di tengah seperti ini...

Terdapat juga insert (bagi beberapa jenama CD) yg boleh dibutang (mempunyai butang) utk dilaraskan saiz ~ menjadi lebih pendek utk CD saiz S dan M (spt gambar di bawah).


(insert bumGenius)

Juga terdapat insert/ soaker berupa kain empat segi yg besar (seperti gambar di bawah sebelah kanan, jenis insert hemp)...

(Pocket Change punya insert)

-pic credit to mdanial.blogspot

Jadi insert/ kain itu perlu dilipat 3 sebelum dimasukkan ke dlm pocket diaper.

(gambar ihsan google)

Kelebihan insert ini adalah cepat kering apabila dibasuh.

Ok la itu saja, ada masa nanti saya update lagi.... (saya pun belum lagi expert, byk lagi taktahu tapi ni sekadar utk sedikit info sharing).

~ Kaklong Nuzula ~

Last updated 19 Disember 2009.

Thursday, December 10, 2009

Kenapa CD bocor dan cara mengatasinya

*** Ini adalah tulisan saya sendiri. Tolong jgn copy!***

Kebanyakan masalah dalam berCD adalah CD bocor/ leaking... Tetapi sebenarnya kalau dipakai dengan betul CD tidak akan bocor. Percayalah!!! Ini kerana lapisan PUL (pada outer layer CD) adalah kalis air ~ sememangnya utk menghalang kebocoran.

Tapi tipu la kalau tak pernah sekali pun CD bocor tu (huhu)... dan kita sebenarnya belajar drp pengalaman. Practice makes perfect, right?...

Jadi kenapa CD bocor?????

CD bocor bermakna CD itu tidak dpt menyerap basahan dari baby (dgn sempurna), dan ini berlaku kerana.....

1. Pre-wash yg tidak cukup (3 kali) atau langsung tak pre-wash (ini kes tak sabar2 nak pakai la ni). Pre-wash itu penting utk melatih CD kita menyerap basahan. Lagipun CD baru keluar dari kilang (jadi kena bersihkan dari segala sisa pengilangan itu).

2. Kapasiti CD sudah penuh. Ini adalah sebab utama CD bocor kerana ia tidak dapat lagi menyerap dan menampung basahan dari baby. CD apapun akan bocor apabila sudah penuh!! Ini sudah tentu berlaku kerana CD dipakai terlalu lama ataupun baby jenis super-duper heavy wetter (huhu). Biasanya CD boleh dipakai 3-4 jam (bergantung pada keadaan), jadi CD perlu ditukar apabila tiba masanya. CD yg paling mahal di pasaran pun akan bocor kalau dipakai lebih drp masanya atau dgn cara yg tidak betul!!

3. Saiz CD yang tidak sesuai (terutamanya CD one size) atau tidak betul2 fit dengan baby (longgar), juga kerana tidak 'well-snug' (rapatkan) di bahagian pangkal paha dan closure di bhg pinggang yg longgar.

4. Tidak pernah/ sudah lama sangat tak buat stripwashing. Apa itu stripwashing akan dijelaskan dalam entry lain...

5. Terdapat mendapan sabun pada CD (pada insert terutamanya). Ini mungkin kerana penggunaan sabun yg berlebihan atau CD tidak dibilas dgn bersih (masih ada sisa sabun), jadi mendapan sabun itu akan menghalang penyerapan yg maksimum. (Nota: 1. Sebab tu anda digalakkan basuh CD dgn mesin basuh (dgn air yg mencukupi dan terus spin). 2. Walaupun anda dah bilas bersih mcmana pun tp lama-kelamaan kena buat stripwashing jugak).

6. Sabun yang tidak sesuai, contohnya sabun yg terlalu berbuih/ berenzim/ berpelembut atau ada unsur minyak yg akan meninggalkan lapisan/ mendapan halus yg terperangkap pada CD dan insert (build-up residue/ build-up detergent).

7. CD juga mungkin bocor kerana kesan penggunaan nappy cream (krim utk ruam) yg disapu pada anak anda. Ini kerana krim itu mengandungi unsur minyak dan akan terkena lapisan inner CD, lalu menjadikannya kurang menyerap basahan/ kalis air.

8. Ini adalah kes terpencil tapi mungkin juga berlaku; lapisan PUL itu terkoyak/ berlubang/ kecacatan semasa proses pengilangan yg menyebabkan CD tembus. Kalau disebabkan cacat semasa pengilangan anda boleh minta ganti yg baru.... Kalau kerana kecuaian anda (terkena pisau/ gunting tu tak dapat la nak tolong)..........

Ataupun mungkin juga kerana CD anda itu sudah terlalu lama dan lapisan PULnya terkoyak/ rosak dgn sendiri. Oh ya, lapisan PUL juga akan rosak jika terkena air panas mendidih (so, beware!!).

Cara mengatasi CD bocor

Pertama sekali kenal pasti sebab CD anda bocor (drp kenapa CD bocor di atas)...... Ataupun kalau malas nak kenal pasti tgk je la cara mengatasi ni sebagai checklist.................

1. Lakukan pre-wash sebanyak 3 kali (lagi byk kali dibasuh lagi elok serapannya). Bagi insert bamboo dan hemp perlu lakukan pre-wash sehingga 7-8 kali baru dpt berfungsi dgn baik.

2. Pakai dgn saiz yg betul (jika one size, setkan saiz CD mengikut saiz baby). CD mesti betul2 fit dgn anak anda.

3. CD mesti dipakaikan dgn kemas. Mesti 'ketat'kan pada baby (well-snug di bhg pangkal paha dan pinggang). Selagi boleh masuk 1 jari (dgn mudah) dekat paha baby tu maknanya masih longgar la... Tapi jgn la pulak sampai berbekas getah CD tu pada paha baby.. huhu...

4. Tukar CD selepas 3-4 jam atau apabila perlu. Jangan tunggu sampai melimpah ruah baru nak tukar (macamana CD tak bocor???)

5. Gunakan sabun yg sesuai. Ingat, sabun yg tidak berenzim, tidak berpelembut, tidak berpeluntur dan tiada unsur minyak. Jgn guna sabun seperti Dynamo, Pureen ABD... Juga jgn gunakan sabun mandi, kerana ada unsur minyak.

6. Bilas CD sehabis bersih/ dgn air yg mencukupi (jika basuh tangan).

7. Lakukan stripwashing sebulan sekali atau apabila CD mula leaking.

8. Jika menggunakan pocket CD, insert itu mestilah terletak elok hingga ke hujung (depan) dan betul2 flat/ tidak terlipat (terutamanya di bhg elastik di tengah CD).

9. Jangan sekali-kali gunakan pelembut kain (fabric softener) kerana akan mewujudkan lapisan lain pada CD dan insert yg akan mengurangkan daya serapannya...

10. Sekiranya anda ada menggunakan nappy cream, digalakkan guna nappy liner. Ini kerana krim tersebut boleh terkena pada lapisan inner CD dan menjadikannya kurang menyerap basahan.

11. Selain itu, anda juga boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya. Contohnya jika CD Coolababy yg anak anda pakai selalu bocor (sbb kurang fit dgn anak anda), jadi anda boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya seperti Babyland printed, Rainbow dan Lunatots. Mcm Lunatots, cutting di bhg cawatnya adalah lebih kecil (slim) jadi lebih sesuai jika anak anda jenis kecil (sbb lebih fit dekat paha).

Cara lain utk mengatasi CD bocor adalah dgn mengenal pasti bahagian mana yg selalu bocor/ yg byk basahan (kalau pakai DD masa nak buang tu tgk bhg mana yg byk basah).

Mcm saya, anak saya mmg basah kat depan ajer (kalau bocor pun kat depan-pinggang), kat belakang selalu kering. Jadi saya lipat insert (1/3) lebihkan di bahagian depan. Maknanya insert tu tak sampai ke belakang la. Ini kerana ketika ini anak saya duk meniarap/ nak merangkak jadi mmg basahan akan ke depan..........

Sebagai info, utk bayi yg baru lahir (belum meniarap), bg bayi pempuan selalunya akan basah di bhg belakang dan bayi lelaki pula akan basah di bahagian depan (ni adalah 'formula' yg dah mmg mcm tu). Jadi anda pandai2 la mcmana nak handle situasi itu.........

Ada juga yg saya baca CD bocor mungkin kerana kesan softener yg ada dlm mesin basuh itu (if kita guna softener dalam mesin basuh utk basuhan sblm itu).......

Tips lain

Anda juga boleh gunakan 2 insert ataupun insert jenis hemp dan bamboo jika bayi mmg jenis heavy-wetter. Letakkan insert microfiber di bhg atas (kerana cepat menyerap) dan insert hemp/ bamboo di bawah (kerana dpt menyimpan byk basahan).

Jika anak anda mmg jenis heavy wetter, anda juga boleh cuba CD jenis fitted + diaper cover. Fitted CD mmg sesuai utk baby yg jenis heavy wetter (kot la mmg tak serasi dgn pocket diapers).

Nota:

Drp pengalaman saya, kalau pakai tak lebih dari 3 atau 4 jam mmg tak bocor (boleh dikatakan mmg tak akan bocor)... Masalahnya selagi tak bocor (3-4 jam), malas nak tukar (haha)... Kalau pakai lebih drp 4 atau 5 jam (siang hari), mmg akan bocor. Tapi kalau malam ok pulak anak saya pakai selama 6-7 jam (dr tgh mlm sampai pagi, dgn 1 insert dilipat di bhg depan).

Oh ya, anak saya minum susu ibu... kalau baby lain saya tak tahu la, sbb sgt bergantung pada kuat menyusu/ tak dan susu ibu/ susu formula. Biasanya baby yg minum susu formula lagi byk/ kerap kencing berbanding baby yg minum susu ibu...

Kesimpulannya, jika CD bocor selepas dipakai selama 3-4 jam adalah mmg kerana DAH PENUH (salah kita yg tak tukar, bukan salah CD)... Tetapi jika pakai sekejap, sejam atau tak sampai 2 jam (sekali kencing aje) dah bocor tu mmg something wrong la dgn CD tu / cara pakai yg tak betul (sila rujuk kenapa CD bocor seperti di atas)...

Atau... apa pendapat anda??

~ Kaklong Nuzula ~

Last updated 10 Mac 2010.

Wednesday, December 9, 2009

CD mahal vs murah

Mula2 tgk harga cloth diaper RM40 satu (awal thn lps) mmg saya terkejut. Melihat CD jenama Malaysia RM50+ saya lagi terkejut... dan melihat CD buatan US yg berharga RM80+ malah ada yg sampai RM120 satu membuatkan saya lagi lagi terkejut........ Terus terfikir apa yg istimewa/ best sgt CD yg mahal2 ini? Apa yg menjadikannya sebegitu mahal?

Tentu hanya yg berpengalaman (beli dan pakai) saja yg mengetahui apa beza CD mahal dgn CD murah.... Tentu ada bezanya....

Saya sebenarnya tidak suka menyebut CD murah, sebab tiada CD moden (pocket CD, fitted, AIO, AI2) yg murah. Malah prefold pun tidak murah juga (walaupun dikatakan sistem CD moden yg paling murah). Tiada CD yg berharga RM10 satu, jadi CD adalah tidak murah... Yg murah adalah sistem lampin kain tradisional 4 segi (yg kena pakai dgn seluar getah)... Itu sajalah yg boleh dianggap murah....

Oleh itu mari kita gunakan perkataan CD biasa/ CD 'mampu milik' atau CD yg lebih affordable.

Back to topic, jadi apakah bezanya CD mahal dgn CD biasa/ mampu milik ini???

Selalunya yg mahal itu cantik, kemas, berkualiti, menggunakan material yg lebih baik, lebih selesa dan lebih tahan lama. Begitulah selalunya sesuatu yg mahal itu.

Bagi CD pun saya rasa begitu juga. Harga yg dibayar itu adalah untuk kualitinya. Tetapi tidak bermakna CD mampu milik itu tidak berkualiti, cuma yg mahal mungkin LEBIH BERKUALITI, mungkin kerana jahitan yg lebih kemas, warna/ design/ corak yg cantik, dgn fitting dan cutting yg lebih selesa, juga dgn material kain yg lebih baik.

Sebenarnya, jgn tak tahu, dlm kita membeli sesuatu itu kita juga membayar untuk usaha menciptanya, usaha membuatnya dan mungkin juga utk jenamanya!!! Dan kita juga sebenarnya membayar utk satu kepuasan ~ puas hati!! (bila kita spend utk sesuatu yg very costly ni).

Bagi saya, jika anda berkemampuan tidak salah anda mencuba ~beli pelbagai CD dari jenama mahal lagi famous-amous ni (tak kisahlah dari mana tp yg US brand la paling tip top).

Bagi kita (saya!) yg agak-agak sederhana ni dapat pakai CD mampu milik pun OK lah tu.... Itu pun nak beli sekali gus 20 CD pun berpinar jugak mata (hihi)... Yg penting, kita bertukar kepada CD - cloth diaper - lampin kain..... or clodi (depa kat indon panggil)...

Bagi saya, dlm mengukur performance (bagus/ tidak bagus) sesuatu CD itu adalah bergantung kepada;

1. Keselesaan baby (yg ni 1st!)... Sama ada meruam/ merah/ jadi gatal kulit/ 'panas'/ terlalu ketat/ longggar/ tak selesa dll... Sebab ada juga baby yg alah dgn CD inner 'fleece' dan boleh pakai CD bamboo jer...

2. Keselesaan maknya or bapaknya yg nak handle/ nak uruskan cd ni, if pocket CD kena buh insert, kalau fitted kena pakai diaper cover, kalau AI2 kena pegang soaker yg dah basah n tukar dgn yg baru.. juga tang nak basuh tu... cepat kering ke tak dsb la..

3. Bocor atau tak... Bab ni la yg paling org highlight dlm performance CD. Selalunya performance CD just diukur sama ada bocor/ tak apabila dipakai dalam sela masa tertentu. Selalunya CD yg boleh dipakai utk tidur mlm (night sleeptime) tu ok la kalau tak bocor sampai pagi...

Juga...

4. Boleh pakai berapa lama... biasanya CD yg lebih mahal/ dgn material yg lain (seperti bamboo) boleh dipakai lebih lama kerana daya serapannya yg lebih bagus. CD bamboo juga mempunyai kelebihan yg lain, cthnya anti-bakteria dan hypo-allergenic.

Jadi, anda tentukan sendiri performance CD yg anda pakai itu (sama ada CD mahal/ biasa) memenuhi kriteria di atas atau kriteria yg anda mahukan....

Dari segi jangka hayat/ ketahanan tu nak kata CD mahal tahan lama (sampai 3 tahun atau lebih) pun tak juga, sebab lama2 (jika selalu dibasuh) ia akan usang juga... Tapi berbanding CD biasa, mungkin CD mahal lebih tahan dari segi jahitan, bhg bergetah/ elastik, snap button n pelekat velcronya.

Begitu juga dari segi bocor atau tak, CD mahal mungkin kurang risiko utk bocor tetapi tidak dapat dijamin juga TIDAK AKAN BOCOR!! Jadi, CD mahal tak semestinya tak bocor... Alangkah keciwanya jika kita spend a lot of money n the CD doesn't perform well... huhu.

Ada seorg ibu yg sangat kecewa apabila bumGenius yg dipakai oleh anaknya basah lencun (air kencing keluar dari semua arah setiap kali pakai!! Namun ada ibu lain yg mengatakan hanya bumGenius yg tak pernah bocor dgn anaknya... Ermmm... CD Coolababy juga tidak bocor jika dipakai dgn betul dan kemas!!

Cuma bagi saya, dgn 1 CD mahal yg berharga RM80 kita boleh beli 2 CD biasa dan bg 1 CD mahal yg berharga 100 lebih kita boleh dapat 3 CD biasa. Ada org mahukan kualiti dan ada org mahukan kuantiti..... Yg lebih baik mmg la kualiti + kuantiti.... (huhu). Jadi terpulanglah...

Tepuk dada tanya poket....

Oh ya, satu kelebihan CD mahal ni, ia mempunyai nilai utk dijual semula (jika dah tak sesuai dgn baby kita), maknanya boleh di'let-go' ajer... n akan ada org yg nak beli... Bagi CD biasa pula tak tahu la ada nilai ke tak utk dijual semula n ada tak org nak beli sbg 2nd hand (sbb beli baru pun murah aje)...

Kesimpulannya, lampin kain adalah lebih baik daripada lampin pakai buang, tak kiralah CD mahal ataupun CD biasa2 ajer!!!

Nota:

1. Yg penting, ada banyak CD supaya jangka hayat setiap CD lebih lama (ada banyak CD = kurang kitaran basuh).

2. Ada juga yg saya jumpa yg ada semua, drp semurah-murah CD ke semahal-mahal CD.... Mmg blh tahu la beza CD mahal n CD biasa ni... Ada jugak yg cakap menyesal beli CD mahal (sbb tak tahu rupa2nya ada CD dgn harga ekonomi ni). Namun begitu, ramai yg cakap puas hati pakai CD mahal ni (berbaloi kot dgn harga).

~Kaklong Nuzula~

Last updated: 1 September 2010.

Tuesday, December 8, 2009

Cara pakai pocket CD

Ini adalah cara untuk pakai ONE SIZE POCKET DIAPER...


Hanya 3 langkah!!!

1. Adjust size
2. Masukkan insert
3. Pakaikan pada baby

Utk penggunaan kali pertama saja anda perlu 'adjust' dulu saiz CD, jika mahu saiz S atau M (saiz L takyah buat apa2).... dan setting saiz itu tak perlu dibuka apabila basuh (biar mcm tu jer)... Jadi lepas tu takyah adjust size lagi la (terus masuk insert dan pakai)...

Utk penggunaan biasa (siang hari), hanya perlu gunakan 1 insert dan utk malam bolehlah gunakan 2 insert. Maksimum 3 insert (utk anak yg dah agak besar dan mmg jenis heavy wetter).

Ni cara utk setting saiz...

Caranya butangkan button yg kat depan CD tu.... (gambar dah cukup besar ni, harap blh faham :D)


Butangkan ketiga-tiga button dalam sebaris tu... Faham tak??? (penat lukis anak panah tu)...

Maknanya saiz S akan jadi kecil la. Kalau nak saiz L/ paling besar biarkan aje butang2 tu (sbg hiasan)...

Jadi, jika anda bermula dgn saiz S (paling kecil) dan tiba masanya baby anda perlu bertukar kpd saiz M, jadi anda tukar la setting saiz kpd saiz M. Dan bila dia besar lagi, saiz L. Mcm tu la. Ini yg dinamakan one size... Jadi, the diaper grows with our baby!!!


Nota: Pada masa kini terdapat one size CD dgn 4 saiz bolehubah, dari newborn (XS) ke L dan ada juga dari S-XL (4-15kg)... dan ada yg sehingga 17 kg...

Monday, December 7, 2009

Cara pakai pocket CD (bergambar)

Sila klik utk besarkan gambar..