Saturday, February 27, 2010

Maklumat lanjut Dyana CD


NOTA: CD INI SUDAH TIADA DI PASARAN...



Ciri-ciri Dyana CD

- One size pocket diaper dgn 4 saiz boleh laras (S, M, L, XL) utk bayi 3-18 kg/ dari newborn hingga potty-trained.
- Outer layer (lapisan luar) adalah PUL yg lembut gebu ttp kalis air.
- Inner layer (lapisan dlm) adalah microsuede yg membuatkan bayi rasa kering dan selesa (poop bayi juga lebih mudah tanggal).
- Insertnya adalah berbutang (button insert) utk memudahkan 'adjust' size (boleh lipat n butangkan insert tu utk setting CD saiz S/ M).


Nota saya:
- Already been tested to my doter n sgt puas hati. Tak pernah bocor lagi so far (boleh pakai lebih lama dari CD biasa). Anak saya punya yg Pinky Loves tu... Mmg comel..
- Lebih besar/ besar sedikit dari Coolababy tp tak bulky pun... (Saya pun tak suka kalau bulky) and mmg nampak kemas CD ni..
- Kalau setting S (paling kecil) mmg kecik je. Mgkin sesuai juga utk newborn, ataupun baby yg dah 2 bulan/ 5 kg ke atas. Insya-Allah CD ni muat dipakai oleh anak anda yg berat 18 kg... Ada yg 20 kg pun masih boleh pakai... :)

- Tiada masalah 'drop wing' (insya-Allah), iaitu masalah wing CD terjulur keluar/ jatuh ke bawah jika baby aktif/ kuat bergerak (lalu mengakibatkan bocor)...
- PULnya lebih tebal dan (nampak) tahan lasak.
- Pelekat velcronya mmg kemas dan tak mudah terbuka. Pelekat velcro yg mcm ni rasanya lebih tahan daripada pelekat velcro mcm Coolababy, Lunatots..
- Insertnya lembut gebu dan lebih putih. Oh ya, insertnya juga lebih panjang dari insert lain dan mempunyai button (utk adjust saiz).
- Sesuai dipakai pada waktu malam (sbg cadangan sahaja).


Nota kecil: Saya antara org terawal yg mengenali Puan Dyana sewaktu beliau mula2 memasarkan produk Dyana CD ni (thn lepas)... Seorang ibu kepada 5 org anak yg masih muda, lebih muda dari saya. Dyana CD lahir hasil usaha beliau utk melampinkainkan anak2nya yg ketika itu 3 org anaknya memakai diapers serentak...... Mari kita sokong produk beliau!!

Wednesday, February 24, 2010

Cloth diaper

Apa itu cloth diaper?

Dalam bahasa mudahnya cloth diaper ialah lampin kain. Dengan kata lain, CD ialah lampin kain yang telah di‘upgrade’ sesuai dgn peredaran zaman sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang. Paling penting, CD boleh dibasuh dan dipakai semula. Terdapat beberapa jenis CD masa kini, antara yg banyak digunakan adalah pocket diaper, fitted, all-in-one (AIO) dan juga all-in-two (AI2).

Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang dan kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kpd bahan kimia yg terkandung dlm lampin pakai buang. CD juga mengurangkan masalah ruam lampin dan gatal di kalangan bayi.

Kelebihan yang lain?

CD adalah one-size iaitu sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 thn (dari 3 -13kg) ataupun saiz S, M dan L dalam satu. Jadi, beli sekali tahan 3 tahun dan boleh disimpan utk anak yg seterusnya (bergantung pada cara penjagaan dan pengendalian juga). Selain itu, bayi juga lebih cepat belajar buang air di tandas (early potty training). CD kini tampil dgn pelbagai rekaan, warna dan corak yg sangat menarik. Fitting dan cuttingnya juga cantik dan kemas serta selesa dipakai. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Juga mudah saja dibasuh dan cepat kering kerana diperbuat drpd kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit bayi.

Senang tak pakai?


Senang saja. Hanya perlu masukkan insert ke dalam poket (untuk jenis pocket diaper) dan pakaikan CD tersebut pada bayi, sama macam kita pakaikan lampin pakai buang. Kalau yg AIO tak perlu masukkan insert kerana insert dah dijahit sekali dalam diapers, jadi boleh terus pakaikan pada baby. Mudah bukan?!!

Macam mana nak basuh?

CD dibuat daripada kain, jadi sama sahaja seperti pakaian anak anda (yg perlu dibasuh). CD boleh dibasuh tangan atau dgn mesin basuh. Yang penting, buang segala kotoran dahulu dan gunakan sabun yg sesuai, iaitu yg tidak mengandungi enzim, peluntur dan pelembut. Ramai yg menggunakan sabun Pureen HAD, kerana sgt lembut pada kulit bayi dan bersifat hypo-allergenic. Takpun hanya gunakan sabun serbuk 'murahan' yg very basic! CD juga mesti dibilas dgn air yg mencukupi (supaya tiada kesan sabun). Itu saja!! Utk maklumat lanjut sila rujuk panduan penggunan dan cara basuh (di Info CD). Oh ya, paling penting CD mesti di'pre-wash' terlebih dahulu sebelum digunakan... jgn lupa!!

Kenapa perlu bertukar kepada cloth diaper?


1. Lebih sihat dan selamat untuk bayi (berbanding lampin pakai buang yg mengandung bahan kimia berbahaya)...
2. Menjimatkan. Sangat menjimatkan!!!
2. Sebagai satu sumbangan (yg besar juga sebenarnya) kepada
alam sekitar.

Tahukah anda seorang bayi menggunakan sehingga 7000 lampin pakai buang???
Tahukah anda lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di seluruh dunia setiap hari?? (Bayangkan berapa banyak ruang/ tanah yg diperlukan utk melupuskannya!!)
Tahukah anda sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun utk terurai sepenuhnya??

Nota: Lampin pakai buang sangat tidak menyumbang kepada alam sekitar, dah la berapa byk pokok yg ditebang utk membuat lampin pakai buang, dan lampin pakai buang yg telah digunakan pula mengambil masa yg sgt lama utk dilupuskan. Fikir-fikirkan....

4. Keselesaan bayi. Memakai kain yg sangat lembut adalah lebih selesa daripada memakai kertas dan plastik!!!
5. Lebih natural. Ini kerana bayi sepatutnya berasa basah apabila basah, bukan berasa kering sentiasa (hingga tak tahu bagaimana rasanya basah!!). Jgn lupa, dry doesn't mean clean!! CD moden pun direka supaya dapat menyerap byk basahan dlm masa yg sama bayi berasa kering (dgn lapisan fleece), namun bayi tetap akan rasa kedinginan semulajadi... Dengan itu juga anak anda cepat belajar buang air di tandas.... (dah ada kajian psl ni).

6. Mengarah kepada natural parenting/ attachment parenting (keibubapaan alami) ~ dgn matlamat 'back to nature' utk lebih sihat dan selamat, serta 'strong bonding between parents and baby', sama seperti breastfeeding, babywearing, co-sleeping, homemade food, homeschooling dll. Mmg s
ekarang ni manusia pakat mahu kembali kepada gaya hidup yg lebih sihat dan natural (seboleh mungkin cuba elakkan semua yg ada unsur chemical/ tambahan/ tidak natural dan tak selamat).....
7. Gaya baru, trend terkini... Satu fenomena yg sedang melanda dunia, tentu anda tidak mahu ketinggalan bukan??? Benda baik ~sgt baik tak salah kita ikut.... walaupun yg memulakannya kembali adalah orang putih!!!

Berapa yang anda boleh jimat?

Cuba kira, berapa keping lampin pakai buang (DD) yg digunakan sehari x harga sekeping x 365 hari setahun x 3 tahun…

Katakan 6 x 0.50 x 365 x 3 = RM 3285 untuk seorang anak!!

Itu adalah jika anda gunakan DD jenama biasa, bukan MamyPoko ataupun DryPantz yg berharga hampir seringgit sekeping dan kiraan utk 6 keping sehari...

Bagaimana jika anak anda menggunakan lebih dari 6 keping sehari?? Bagaimana jika umur 3 tahun anak anda belum boleh ke tandas sendiri lagi... dan bagaimana jika anda mempunyai lebih dari seorang anak yg memakai diapers serentak??? Anda tentu lebih bijak utk membuat perhitungan ini!!

Jadi sekiranya anda beli 10 CD, kosnya barulah 10 x RM 35 (harga anggaran 1 CD) = RM350. Kalau 20 CD = RM700

Jadi anda masih lagi jimat RM2585. Banyak bukan??

Kos CD adalah one-off expenses, maknanya anda hanya perlu keluarkan sekali sahaja belanja dan CD tersebut juga boleh disimpan utk anak yg seterusnya. Jadi anda tidak perlu keluarkan belanja yg besar lagi utk lampin anak anda!! Satu penjimatan yg cukup hebat!!

Berapa yang perlu ada?

Terpulang kepada anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba 1, 2 atau 3 dan boleh tambah sedikit demi sedikit. Jika anda mahu berCD utk siang hari sahaja (sbg permulaan), anda perlu ada sekurang-kurangnya 8 CD (supaya sempat basuh untuk dipakai semula). Lebih baik ada 10-12 CD dan ada yg menyarankan 15 hingga 20 CD (lagi banyak yg anda ada, lagi panjang jangka hayat setiap CD)... dan anda juga boleh basuh 2-3 hari sekali!! Biasanya seorang bayi/ kanak-kanak memakai 5-7 keping CD dalam sehari (sama seperti lampin pakai buang yg sepatutnya perlu ditukar 3-4 jam sekali).

Tuesday, February 23, 2010

Tips beli CD

*** Ini adalah tulisan saya sendiri. Tolong jgn copy!***

Beberapa tips utk mereka yg nak beli cloth diapers atau baru nak berCD...

1. Beli CD dgn 2 insert. Selalunya CD (merujuk kpd pocket CD) comes dgn 2 insert tapi ada juga yg jual dgn 1 insert (harga CD 1 insert lebih murah drp 2 insert tp untung beli yg 2 insert). Kelebihan 2 insert, anda blh guna insert yg satu lagi jika insert yg dibasuh belum kering (pocket pant lebih cepat kering berbanding insert). Utk mlm juga blh pakai 2 insert. Ada byk insert tak rugi sbb blh buat spare (bila insert yg selalu pakai dah usang.. huhu).

Nota: Melainkan anda dah ada 15-20 CDs (30-40 inserts) boleh la anda beli CD yg comes dgn 1 insert. Insert biasanya boleh main masuk jer (maknanya insert CD brand A blh masuk dlm CD brand B, sbb saiz dia tak byk beza).

2. Jgn beli byk CD sekali gus. Ya, walaupun saya ada menjual CD tapi saya tak galakkan anda beli byk CD sekali gus (jika anda baru nak berCD). Maknanya jgn terus beli sampai 10 CD bagi 1 brand tu, bukan apa takut tak sesuai fitting n cutting dgn baby kita (setiap baby adalah berbeza saiz dan bentuk). Dah la harga 1 CD bukan murah... Jadi anda blh beli 1, 2 atau 3 CD bg 1 brand sbg permulaan, jika sesuai baru tambah lagi.

Nota: Sebagai permulaan saya cadangkan anda beli 2 atau 3 (cth: 1 button, 1 velcro). Kalau 1 je, tak sempat nak buat assumption (pakai sekejap baby dah pee or poo, then kena basuh baru blh pakai balik).

3. Dalam berCD ni konsepnya adalah belum cuba belum tau, sendiri cuba baru tau, jadi lebih baik anda cuba sendiri cloth diaper ni (utk anak anda!). Anda boleh baca/ dapatkan review drp org yg dah menggunakannya tetapi yg lebih baik adalah anda cuba sendiri.... (tapi kalau dah byk review yg tak bagus tu paham2 ajelah.. huhu)

4. Adalah dicadangkan anda cuba banyak jenama yg berlainan (drp beli byk 1 jenama). CD yg bagus dgn anak org belum tentu bagus utk anak kita, begitu sebaliknya. Dalam berCD ni kita kena banyak mencuba, cuba~jaya!! Insya-Allah berjaya... Belajar drp pengalaman n practice makes perfect...

5. Setiap CD mempunyai kelebihan n kekurangannya (mengikut jenama dan jenis -pocket, AIO, AI2, prefold). Jadi cara terbaik anda cuba semua style (button/ velcro, onesize/ sized cd) dan sebanyak mungkin jenis n jenama (jika anda mempunyai wang lebih!!) dan cari kesesuaian n keserasian utk anda dan baby.

6. Bila anda (dan baby anda!) dah sesuai dan serasi dgn satu2 brand tu boleh la beli yg pakej, contohnya package of 5 ker (sbb lagi murah). Utk seterusnya saya cadangkan anda ada 8-10 CD, baru boleh basuh/ spin dgn mesin basuh (kalau 2, 3 jer mcmana nak basuh mesin?). Dan seterusnya teruskan mengumpul 15-20 CD supaya anda boleh basuh 2-3 hari sekali!!!!

7. Terdapat juga CD second-hand/ preloved yg dijual (di internet), biasanya CD berjenama mahal yg di'let-go' oleh tuan punyanyer. Jadi anda blh mendapatkan CD yg mahal2 ini dgn harga yg lebih reasonable. (Better anda try dulu yg preloved, if betul2 berkenan dgn brand tu boleh la dapatkan a new one)..

8. Lagi banyak CD yg anda ada, lagi lama jangka hayatnya. Ini kerana satu CD tu makin kurang kitaran basuh. Contohnya jika anda hanya mempunyai 5-6 CD sudah tentu anda akan membasuhnya setiap hari, jadi 7 kali seminggu dan mgkin lebih 300 kali basuh setahun. Dgn itu CD anda akan cepat usang (seperti pakaian juga) dan tak mungkin dpt bertahan sehingga 2 atau 3 tahun. Jadi, anda disarankan mempunyai dlm 20 CDs utk seorang anak (tu pun baru RM700 kos sepanjang anak kita berlampin!!)

9. Jika anda baru nak mencuba cloth diaper, adalah lebih baik anda cuba brand yg biasa-biasa dulu (seperti yg saya jual ni.. hehe).... Bukan apa, at least anda dpt gambaran rupa CD ni n tahu serba sedikit mcmana nak handle, sblm anda invest utk CD yg mahal2.... Bila anda rasa OK, anak anda pun OK, boleh la anda upgrade dgn brand yg mahal2 (if mampu la kan)....

10. Sebaik-baiknya anda tahu sedikit-sebanyak material CD yg anda beli itu, iaitu material utk insert, inner dan outer layer CD. Umpamanya CD biasa dgn inner microfleece dan insert microfiber ataupun CD bamboo dgn insert bamboo, atau mungkin juga CD fabrik minky atau mcm2 lagi la material/ fabrik utk CD dan insert. Dgn itu anda 'boleh agak' harga yg anda bayar itu berbaloi atau tidak. Umpamanya CD bamboo mmg lebih mahal dari CD biasa. Dgn itu, anda juga perlu tahu cara penggunaan dan penjagaan khusus untuk jenis material CD yg anda beli itu.

11. Oh ya, untuk CD one size (yg boleh adjust size; S, M, L dalam satu) cuba tgk specs/ ciri2 CD itu utk berat berapa kg. Contohnya ada yg 3-13 kg, 3-15 kg dan ada yg 3-17 kg/ 4-17 kg. Jadi anda pastikan anak anda dlm lingkungan berat itu. Sebenarnya berat itu hanyalah sbg anggaran, sbb kena tgk juga saiz dan bentuk badan anak anda. Ada baby dgn berat yg sama tp bentuk badan berbeza (besar dekat paha/ pinggang/ punggung.... Ada yg lebih kurus dan tinggi..). Mcm CD utk 3-13 kg, ada yg berat 15 kg masih boleh pakai.

Jika ditanya, jenama CD apakah yg terbaik??

Jawapannya; terdapat byk CD yg BAGUS di pasaran tetapi MEMANG TIADA CD YG TERBAIK utk semua orang (budak n mak budak). Mmg la biasanya CD yg lebih mahal itu lebih bagus, lebih baik performancenya, tetapi satu-satu CD itu juga bergantung pd anak kita; bergantung pada usianya, saiz n bentuk badan, perkembangan n keaktifannya dan amat bergantung pd wetting habitnya (heavy/ light wetter). Juga bergantung pd penyusuan (sama ada susu badan/ susu formula) dan pemakanannya... Selain itu, performance CD juga amat bergantung pada kita yg menguruskan CD itu...

Akhir sekali, buatlah pilihan yg bijak. Yang penting kita bertukar kepada cloth diapers - lampin kain.... Ia bukanlah pilihan tetapi satu keputusan!!!

~ Kaklong Nuzula ~

Last updated: 26 Februari 2010.

Friday, February 19, 2010

Kenapa harga CD berbeza???

(Lanjutan daripada CD mahal vs CD murah)

Ya, kenapa ada CD yg berharga RM30 dan ada yg berharga sehingga RM120 satu??
Basically, harga cloth diapers atau CD ini adalah bergantung pada:

1. Material/ fabrik yg digunakan

CD biasa yg menggunakan material PUL sbg outer layer, microfleece sbg inner layer dan insert microfiber adalah lebih murah daripada CD dgn material lain seperti organic cotton, bamboo, hemp dll. Begitu juga CD dgn fabrik minky adalah lebih mahal daripada CD biasa (mgkin sbb kelihatan sgt mewah!).


Oh ya, material/ fabrik ini juga ada gred dan kelasnya. Umpamanya PUL pun ada beberapa gred. Ada yg tebal dan ada yg lebih nipis. Saya tak tahu mana yg lebih elok, yg lebih tebal atau yg nipis tetapi tahan lasak??? Namun begitu, sudah tentu PUL yg paling mahal adalah yg paling elok dari segi kalis airnya, sgt tahan lasak, elok pengudaraan dll.

Begitu juga dgn fabrik minky, ada pelbagai jenis dan gred (dgrnya dari AA hingga C)... Kalau CD bamboo tu mgkin bergantung pada berapa bagus dia punya bamboo/ berapa layer/ berapa percent bamboo... Ada juga yg dicampur percent2nya bg fabrik yg digunakan itu (biasanya utk insert/ soaker/ doubler). Saya tak tahu yg mana (fabrik apa) paling mahal lately.... Tapi sudah tentu yg paling organic.

Dan saya rasa microfiber yg digunakan utk insert pun ada jenis/ gred2nya jugak... Kalau anda perhatikan utk beberapa brand CD (yg mahal n tak berapa mahal) mesti ada perbezaan pada insert tersebut (gebu/ kurang gebu, tebal/ lebih nipis dll) dan dari segi kadar serapan juga mungkin (mesti) berbeza.

2. Sistem yg digunakan

Biasanya CD AIO (all-in-one), AI2 (all-in-two) dan jenis fitted + diaper cover adalah lebih mahal drp pocket CD biasa (yg byk dijual di pasaran skg)... Coolababy AIO tu tak kira la, yg tu paling murah. AIO lain semua mahal. Begitu juga AI2 tak ada yg murah....

GroBaby (AI2)


3. Style/ design/ rekabentuk CD dan insert



Ya, style dan design CD juga menentukan harganya ~ amat menentukan harga satu-satu CD.... (boleh refer entry saya yg terdahulu, Style dan design CD dan Jenis dan design insert).

Tentang design/ rekabentuk CD ni byk benda la nak kena tgk pd CD tersebut. Namun, secara asasnya;

- CD velcro biasanya lebih mahal drp CD button (tp ada jugak sesetengah brand yg sama jer harga).

- CD printed (bercorak) lebih mahal drp CD plain.

- CD yg mempunyai sulaman adalah mahal (sgt mahal).


- CD one size yg boleh laras 4 saiz (S, M, L, XL) juga lebih mahal drp yg biasa (3 saiz).

- CD yg lain drp yg lain pastinya lebih mahal, contohnya CD jenama Rumparooz, satu-satunya CD yg mempunyai inner gusset/ leakguard utk menghalang kebocoran. Begitu juga CD one size yg boleh adjust leg gusset seperti Fuzzibunz...

- Insert yg berbutang lebih mahal drp insert yg tak berbutang dan insert 4 layer lebih mahal drp 3 layer....

4. Jenama dan kualiti

Ni pun tak dapat dinafikan. Bila dah jadi satu "jenama" sudah tentu harganya juga mahal, ya mungkin setanding dgn kualitinya (kualiti fabriknya, kualiti jahitannya, kualiti getah elastik, butang, pelekat velcro dll)...

Selalunya jenama adalah seiring dgn kualiti... Tapi tidak bermakna CD dgn harga ekonomi (dari China) langsung tidak berkualiti dan mengecewakan.... Malah ada yg dikatakan bagus, setanding dgn jenama US!!!

5. Custom made kah?

CD custom made adalah di mana kita menempah CD yg kita mahu, boleh pilih nak mcmana, besar mana, fabrik apa, warna apa, butang mcmana dan CD itu pun dijahit khas utk kita... Sangat eksklusif!! Jadi sudah tentulah harganya lebih mahal daripada CD kebanyakan (mcm org kebanyakan pulak.. huhu).

Nota: Benda apa pun selalunya yg unik, yg susah nak buat, yg sgt halus/ kemas buatannya, yg lebih elok (functionalitynya) itulah yg lebih mahal. Ini adalah daripada pemerhatian saya semata-mata........

P/s: Bila tgk CD mahal2 ni rupa2nya mmg lain material yg digunakan.. Malah butang (snap button) yg digunakan pun lain, tak terlalu keras.. Bila tutup buka pun bunyi dia lain.. huhu..

Apa pun CD yg kita pakai, mahal atau murah, paling moden dan terkini mahupun lampin kain flat dgn seluar ikat adalah TETAP LEBIH BAIK daripada lampin pakai buang!! Titik!!

Thursday, February 18, 2010

Lunatots

(dicatat pada 10 Mac 2010)

Lunatots are:

- Proudly Malaysian product
- One size CD that has adjustable button that can be used by Newborn until 3 YO baby
- Waterproof Outer layer is made from PUL (Polyurethane Laminate)
- Inner layer of custom micro fleece that keeps baby dry
- Come with one super absorbent 3 layer microfiber inserts (also called soaker)
- Unique design of 4 * 3 snaps to adjust the size (S, M, L and XL)

NEW FEATURES FROM LUNATOTS!

- Fit baby weight from 3 kg to 17 kg (approximately 3 YO before potty train)
- Suitable to be used during night time (approximately 10pm - 7am) with 2 inserts. But it may varies to your baby's frequency of urination.


Lunatots Note

Prolonged contact of microfiber insert with baby's bottom may cause dryness due to super absorbency of the material Do make sure to put the microfiber Insert/Soaker inside the Pocket Pants to ensure the only thing to touch the baby’s legs is the soft micro fleece on the inside.

Luna's Note (Puan Suraya)

I had started using Lunatots Cloth Diaper because my son, Ammar Zikry had a very bad recurrent rash with disposables. We tried all range of diapers,diaper cream, prescription and over-the-counter Nothing worked and my son suffered for 11 months.

The symptoms is: It is red, slightly rough and scaly on the buttock, genitals, groin and thighs, often with smaller spots out of the main area. FINALLY I decided to put him in a Lunatots Cloth Diaper to ease his discomfort and noticed an immediate difference. I have used Lunatots Cloth Diaper exclusively for 3 weeks and amazingly enough the rash disappeared! Surely I will never go back to disposables. There are another reasons of using Lunatots Cloth Diaper. I thought that it was a responsible choice for my baby's health and the environment, and the fact that it was cost effective was a real bonus.

Lunatots Washing Guide:

- You will need to wash your new CD 3 times before use to enhance the material absorption features.
- One CD can be used for approximately 4 hours.
- Remove as much as possible the stool off the CD and rinse it prior to putting it in the washing machine.
- Do not use detergents containing pure soap, enzymes, fabric whiteners, fabric brighteners(bleach), fabric softener or anything scented.
- CD can be left dried under direct sun light or indoors. Tips:
- The amount of disposable diapers used in a day can be used to estimate on how many CD you will need a day. It is best to have at least 10 CDs perchild.
- The more you wash the microfiber insert, the better they get!
- It is recommended to use laundry bag while washing.

NOTA SAYA:

- Cutting Lunatots adalah lebih kecil berbanding CD lain, lebih 'slim' di bahagian cawat, jadi lebih fit baby yg bertubuh kecil/ tak brp tembam/ peha yg tak begitu besar.
- Ada sesetengah baby yg asyik bocor pakai Coolababy n bila pakai Lunatots ok pula (sbb cutting cawat dia lebih kecil, so tak ada ruang utk bocor dekat paha).
- Mmg cutting Lunatots nampak kemas. Warna dia pun cantik2.. yg printed mmg cantik!
- Ada penutup dekat bhg pocket openingnya (bukaan poket) atau dipanggil hidden pocket opening.
- Butang2nya adalah mengikut warna kain outer layer (PUL) CD tersebut.
- Inner fleecenya lain sedikit dari Coolababy (warna pun lain sket).
- PUL lunatots plain lebih lembut dari Coolababy dan nampak lebih breathable.
- Insertnya adalah berbutang (button insert), gebu n nampak bagus...
- Apa yg saya tgk, mmg ramai yg dah cuba Lunatots n ada yg suka Lunatots aje (bila dan cuba Lunatots n sesuai dgn anak mereka terus taknak cuba CD lain).

DARI REVIEW IBU2 LAIN:

- CD Lunatots susah bocor/ jrg sgt bocor.
- PULnya lebih tebal/ tebal sedikit dari CD biasa.
- Berbaloi ngan harga (walaupun mahal, setanding dgn kualitinya)
- Nampak kemas
- Tahan lasak
- Serapan insert yg bagus

PENDAPAT IKHLAS SAYA (hehe) : Tak rugi anda give a try. Cuba satu je ke, mana tahu lagi sesuai utk anak anda. Mmg harganya mahal (mmg mahal bagi saya pun, dgn 1 insert lak tu) tapi org cakap the price tells the quality... Paling tidak anda give a try, kalau org tanya blh bg pendapat/ review anda sendiri... Juga sbg sokongan kepada CD jenama Malaysia.... :D

Tuesday, February 16, 2010

Tips untuk newborn


Untuk newborn, amat digalakkan guna liner utk alas lampin anak anda. Seperti yg anda tahu, newborn (bayi yg baru lahir sehingga berusia 2 bulan) amat kerap lampinnya perlu ditukar, iaitu dalam 2-3 jam sekali. Malah ada yg perlu ditukar sejam sekali!!

Jadi, kalau ikutkan ia memerlukan 10-12 lampin dlm sehari!!! Kalau pakai 'pampers' kira la berapa byk kena beli (utk dipakai sekejap, kemudian dibuang dan mengambil masa beratus-ratus thn utk lupus!!!).

Ini kerana bayi kerap poop (sikit2 pulak tu). Sekejap je pakai/ baru je salin lampin dia akan poop lagi... huhu... Justeru, adalah disyorkan anda gunakan nappy liner (tak kisah la jenis mana pun). Kalau ada yg flushable/ biodegradable liner tu lagi bagus (lagi senang) sebenarnya, just buang ke dlm mangkuk tandas. Flushable/ biodegradable liner ini dibuat drp bahan yg mudah terurai (degradasi).

Nappy liner yg biasa dijual di pasaraya (brand Pureen/ Anakku) gitu pun boleh. Sebenarnya liner jenis ini boleh aje dibasuh dan dipakai semula. Mmg dia mcm tisu, tapi betul, boleh dibasuh dan diguna semula (sehingga beberapa kali). Kalau baby kencing je/ poop sikit sgt tu boleh je basuh. So, kalau beli yg 50pcs sekotak tu dah cukup sgt dah...

Jadi, anda alas la lampin anak anda dgn liner. Jika baby poop sedikit sahaja, anda just tukar liner tu jer dan alas dgn liner yg baru (pada lampin yg sama). Faham tak? Ini kerana kalau baby poop sedikit saja (kdg2 besar duit 50 sen je..), tak berbaloi nak tukar lampin yg baru (buat byk je kena basuh).... Lagipun lampin/ CD dan insert di sebelah dalam pun tak sempat basah lagi.

Ini adalah dari pengalaman saya dgn newborn yg mmg kerap perlu ditukar lampinnya. Dari pembacaan saya pun bayi newborn mmg perlu ditukar lampinnya setiap 2 jam sekali (paling tidak pun 3 jam)... Ada jugak kdg2 tu sejam sekali!! Sehinggalah bayi berusia 2-3 bulan barulah OK sistem perkumuhannya, baru agak stabil.. haha... Maknanya, kitaran poopnya lebih teratur (cth: 2 kali sehari gitu).

Bagi bayi yg dah berusia 6 bulan ke atas atau dah sethn lebih gitu biasanya akan poop dlm sekali sehari jer. Takpun 2 kali sehari. Ataupun 2 hari sekali. Kalau BF, baby poop 2-3 hari sekali pun ada dan masih dikatakan normal (selalunya kalau BF baby takde masalah dgn sistem perkumuhannya.. insya-Allah).

Saya rasa penggunaan nappy liner ni boleh aje diaplikasikan tak kira jenis/ sistem lampin yg anda guna; kain lampin biasa (flat), pocket diaper, fitted, AIO atau mungkin juga utk AI2 dan prefold. Paling tidak, lampin anak anda mudah utk dibersihkan drp kesan poop.

Oh ya, satu lagi... utk baby yg baru lahir saya mmg suka gunakan spray bottle utk 'sembur' ketika membersihkan baby. Walaupun guna baby wipes, sy tetap akan spray dulu, baru lap... Kalau taknak guna baby wipes boleh je gunakan kapas yg bulat2, sama ada yg dah dijual siap mcm tu (bulat2) ataupun boleh gumpal sendiri...

Alternatif lain adalah cloth wipes utk bersihkan baby. Cloth wipes ini adalah drp kain semata-mata, sbg pengganti kepada disposable wipes (wipes pakai buang) yg mengandungi bhn kimia. Justeru, cloth wipes adalah lebih 'natural' utk membersihkan baby. Kini terdapat pelbagai material cloth wipes di pasaran, drp bamboo pun ada.

Rasanya jika menggunakan spray bottle dgn kapas/ cloth wipes tidaklah begitu sukar utk menukar lampin bayi. Kita pun tak perlu byk bergerak... Oh ya, better sediakan bakul yg khusus utk lampin kotor, sebaik2nya asing dgn baju baby.

Utk maklumat lanjut tentang diapering a newborn boleh baca di sini;

Cloth diapering a newborn (Farrah Rahim)

Cara mudah dan murah utk cloth diaper bayi baru lahir (Cloth Diaper Malaysia)

Successfully Cloth Diapering a newborn (Mummy's Reviews)

Thursday, February 11, 2010

Galeri (Coolababy, Babyland printed n Rainbow)

Daripada entry sebelum ini (Tak tahu nak beli yg mana?), ni saya tepek gambar CD-CD ni (supaya anda dpt gambaran perbezaan setiap CD)..

Coolababy pocket button (kiri), velcro (kanan)

Coolababy AIO (kiri), Coolababy poket velcro (kanan), ada insert tu dlm tu..

Dan ini pula perbandingan antara Coolababy, Babyland printed n Rainbow...

Dari kiri, Coolababy, Babyland printed dan Rainbow

Coolababy, Babyland printed dan Rainbow

Saiz yg paling besar (L)

Setting saiz M

Setting saiz paling kecil (S)

Beratur dari kiri, Coolababy poket button, Coolababy poket velcro, Babyland printed dan Rainbow (semua dgn saiz yg paling kecil).

Ini pula (gambar di atas) adalah Coolababy saiz M, Babyland printed saiz M dan Rainbow saiz L.

Coolababy velcro saiz S, Babyland printed saiz M dan Rainbow saiz L.

Gambar di bawah ini adalah 3 warna baru Coolababy.

Atoll blue, Viola/ warm purple dan Jasmine green..

Sebagai selingan....

Ini anak saya memakai CD Rainbow (setting saiz M)


Nota:

CD Rainbow ni mmg sesuai utk newborn/ baby yg masih keci. Khas utk newborn - 12kg (depends on saiz badan jugak). Nak kata CD Rainbow ni kecik sgt tu tak jugak (sbb anak saya masih setting saiz M). Kalau anda perhatikan dlm gambar no. 3 dan 4 kat atas tu, dia punya kedut di bhg elastik tu yg menampakkannya lebih kecil. Faham tak? Maknanya dia punya kedut tu kuat/ byk di bhg tengah (dekat getah elastik tu).

Insya-Allah saya dlm proses mencuba CD jenama lain (nak cuba byk2/ semua brand sekali gus tu paham2 ajelah, memerlukan ongkos yg banyak!!) dan saya akan jual CD yg saya sendiri dah cuba, termasuklah CD bamboo (tgh mengusha mana yg bagus n worth the price)... So, tunggu!!!!

Cara saya...

Daripada entry Kenapa CD bocor dan cara mengatasinya, ni saya tunjukkan mcmana saya lipat insert (lebih kurang 1/3) supaya tebal di bhg depan, seperti ini...

Kalau Coolababy, elok2 bawah tulisan dia tu...

Then masukkan ke dalam poket pant seperti di bawah ini (bahagian yg berlipat di bwh).



Insert mestilah rapat sampai ke depan CD (pocket pant) dan dlm keadaan 'flat' terutama di bhg tgh CD (bhg elastik tu). Caranya anda boleh ratakan dgn tangan (masa nak keluarkan tangan dari pocket pant tu)...

Apapun saya rasa anda patut kenal pasti terlebih dahulu anak anda byk basah di bhg mana. Mcm anak saya ni mmg basah di bhg depan aje (sbb tgh merangkak). Jadi sebab tu la saya bg tebal di bhg depan. Insya-Allah tak bocor. Boleh tahan sampai 4 jam (kdg2 5 jam.. huhu). Utk mlm pun saya hanya gunakan 1 insert (lipat kat depan mcm tu jugak) dan boleh tahan 6-7 jam, kdg2 sampai 8 jam!!

Konsep lipat ni sama je mcm anda gunakan insert yg berbutang tu (bg sesetengah brand CD) utk sesuaikan dgn saiz CD yg paling kecil.

Kalau gunakan 2 insert takyah lipat kat depan pun takpe, sbb 2 insert tu dah tebal n cukup utk menampung basahan selama beberapa jam (lebih lama daripada 1 insert).

Utk anak anda yg dah setahun lebih, saya rasa ok jer pakai 2 insert utk kegunaan biasa, tak bulky pun. Kalau utk malam mmg takde masalah nak pakai 2 insert sbb mmg utk tido, dgn harapan sempat la sampai 7-8 jam paling kurang.. huhu..

Oh ya, sekali lagi saya nak ingatkan bahawa CD mestilah dipakaikan dgn kemas dan betul2 fit dgn anak anda, mesti 'fit snugly' di bhg pinggang dan pangkal paha supaya tidak mudah bocor (seperti gambar di bawah). Agak2 la, jgn ketat sgt... Selalunya bhg elastik CD tu taklah begitu kuat dan 'keras' sampai meninggalkan kesan merah pada paha baby...


Selain itu anda juga boleh baca di sini, 10 Reasons Why CLoth Diapers Leak.

http://clothdiapermalaysia.com/2010/06/10-reasons-why-cloth-diapers-leak/

NOTA: Anda sepatutnya menukar lampin anak anda 3-4 jam sekali, terutamanya lampin pakai buang (utk newborn 2-3 jam sekali). Namun begitu, lampin kain adalah LEBIH SELAMAT berbanding lampin pakai buang kerana tidak mengandungi bahan kimia/ gel penyerap yg akan bertindak balas dgn urin anak anda (lalu menyebabkan gatal dan ruam)........ Tapi jgn la pulak sampai basah lenjun baru nak tukar.. huhu...

p/s: Saya juga ada menggunakan CD AIO. So far okey (walaupun insert tak tebal kat depan). Boleh la tahan 4 jam (saya tak berani pakai lebih lama dari tu.. hehe)... Mungkin sbb insert dia dijahit kemas/ rapat dgn inner layer, jadi basahan dari baby mengalir dari depan sampai ke tengah/ belakang........ Mmg tak bocor kalau tak lebih 4 jam...

Wednesday, February 10, 2010

Dan keputusannya....

Sebelum itu nak maklumkan bahawa saya dah byk kali cek nama n kategori anda, dan saya pun dah minta anda semua cek. Jadi, senarai nama dan kategori anda adalah muktamad.

Nombor penyertaan anda juga seperti di bawah ini (mengikut turutan penyertaan yg diterima, okey?)

Kategori A:

1. anin
2. idafamily
3. zaikulim
4. LisaVSKhusairi
5. arissa.soleha
6. mummysue
7. Aishah Megahasz
8. Marsha
9. Aimy
10. liwaniel
11. yantz-yeem
12. i'm a mother
13. rose (ibu rafiq)
14. NoR
15. MamaLyna
16. my.mastura
17. CatlinaFly
18. azura
19. diya
20. seiza

Kategori B:

1. diLa
2. ummu Adam
3. Mama Darwisya
4. CikMin
5. Mama Tisya
6. Ealyie
7. nadnye
8. Uda
9. Ammi Sara
10. Zana
11. oren

Dengan lafaz "bismillahirrahmanirrahim" saya klik button "Generate" Encik Random utk Kategori A dan.....

Ini hasilnya..........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pemegang no. 14!!!

Tahniah kepada NoR (http://juniorfiqaz.blogspot.com)

Dan untuk kategori B pula, ini hasilnya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Pemegang no. 10!!!

Zana
(http://saat-saatini.blogspot.com)


Tahniah diucapkan!!!!

Harap semua puas hati (huhu)...

Kepada pemenang (NoR dan Zana) sila emaikan nama, alamat, no. HP anda serta CD mana yg menjadi pilihan hati (semua CD in-stock).

Dan berita baik utk semua peserta.... Sebagai penghargaan kepada anda semua.... Sekali lagi, saya buat offer berbaloi-baloi (juga atas permintaan mereka yg tak sempat beli hari tu)....

Anda boleh beli CD dengan harga berikut (tak kira berapa pcs!!)

Coolababy pocket button : RM25
Coolababy pocket velcro : RM26
Coolababy AIO : RM 26
Babyland printed : RM27
Utk Rainbow BB akn diberitahu kemudian (sbb stok amat terhad)

Tawaran sah sehingga hujung bulan ini sahaja atau sebelum kehabisan stok (CNY ni stok agak terhad yer, so sape cepat dia dapat!!)... Harga tersebut strictly utk peserta giveaway sahaja!! (saya pun pikir byk kali nak bg harga tu... huhu.. tapi takpelah...)

Nota:
Kalau nak beli, anda boleh place order melalui email saya yer dan CD hanya akan dipos pada minggu hadapan.....

QQ Baby Snazzy Minky

Apa itu minky?

Minky (ataupun minkee) adalah sejenis fabrik yg begitu cantik dan lembut seperti baldu. Sejenis fabrik yg sejuk, amat sesuai dan selesa untuk bayi (sbg selimut ataupun lampin!). Fabrik minky ini begitu eksklusif dan mewah, harganya juga begitu mahal sblm ini. Sudah banyak digunakan dan famous di luar negara... Ada yg dijadikan cadar, selimut/ baby blanket, baby bedding set, alas tempat duduk/ kusyen, sesetengah pakaian dll...

"Minky fabric is the newest in luxurious, silky soft microfiber fabric. It rivals cashmere in softness and resembles real mink in touch. It could be described as “it almost feels like petting a baby rabbit”. There are different variations in flats and textures: minky with dots, lines, diamonds, and short or long pile...."

===============================

QQ Baby cloth diaper is modern CD in various styles, sizes and colors that is comfortable, breathable, and a very effective as leak-proof cover for your little one.

QQ Baby cloth diaper are great absorbent, easy to use, quick drying, and of course great value for money.

Pocket diapers are highly rated as one of the diapers for its convenience advantage, recommend for babysitter, grandparents and Dad to use.

【Brand】QQ Baby
【Level】First-class products
【Sizes】Folding (adjustable S, M, L 3 sizes)
【Suitable】3-13kg
【Package】QQ Baby Pocket Diaper + 2 Inserts

Features
· Unique design of 3x3 button snap, easy to adjust different size for any age of baby weight 3kg to 13kg
· Easy to adjust waist and leg
· Super absorbent 3 layer inserts and soft inner microsuede to make baby feel good
· Waterproof of outer PUL to prevent leakage
· Made of 100% Polyster
· This product is a washable, adjustable, economic use of the baby green diapers Diaper

Wash Instruction
· Wash diapers prior to first use to remove residues left behind from fabric manufacture.
· If the diaper has been soiled, rinse into a bucket and then tip bucket contents down the toilet and flush.
· Do not use bleach or fabric softeners.
· Tumble dry on the warm weather.


Nota saya:

- Already been tested to my doter n sgt puas hati. Tak pernah bocor lagi so far (blh tahan sehingga 5 jam siang hari n 8-9 jam malam).
- Takde pulak masalah 'drop wing' (wing keluar terjulur jika baby aktif/ kuat bergerak)...
- Pandangan pertama lagi dah suka dgn CD ni... hehe... Cantik!

- Didatangkan dgn beg mcm Coolababy jika beli 2 pcs.
- Lebih besar dari Coolababy (tapi bhg cawat takla besar/ lebar sgt). Saya rasa sesuai untuk 5-17 kg.
- Anak saya setting saiz S je (kalau coola, babyland printed, rainbow semua M).
- Material Minkynya memang cantik dgn laminated PUL utk kalis air. Innernya adalah microsuede (mcm coolababy tu microfleece)... Bagi saya ok jer inner suede (mcm bumgenius pun inner suede), lagi kerap dibasuh lagi lembut.
- Bahagian pocket openingnya bergetah (mcm Crazy Momy), jadi nampak lebih kemas di belakang.. Muat je nak masuk tgn, tak susah pun... hihi..
- Cepat kering.
- Dgn closure snap button jer (buat masa ni).
- Insert adalah jenis biasa (tiada button), lembut gebu dan sangat putih... seperti insert Lunatots yg mempunyai daya serapan yg bagus.
- Sesuai dipakai pada waktu malam (sbg cadangan sahaja).

Nota kecil:
Mula2 tgk harga CD ni RM33 mmg saya terkejut. Murah bangat!! Yer la, CD minky yg ada sebelum ini semuanya berharga RM50-95, dan sampai RM100+ pun ada yg US brand... Saya terus SMS ownernya tanya pasal CD ni. Katanya CD ni mmg bagus kualiti, dia dapat jual murah sbb amik tak banyak untung n cuba jual dgn economic price. Saya pun cakap, tp murah sgt la u jual.... Haha... Saya rasa dia dpt jual murah sbb modal besar = boleh beli in bulk = minimize the cost = dapat murah = dapat jual murah............ Tapi kualitinya mmg bagus. Sbb tu saya terus beli nak tgk sendiri...

Oh ya, yg AJ Minky tu mmg high premium kualiti (walaupun corak sama). Saya tak nafikan yg tu. Insert pun mcm bumgenius. Inner dia pun lain. Tapi QQbaby ni mmg sgt murah harganya dgn kualiti yg tetap bagus.

Dicatat pada 27 Februari 2010.

Tuesday, February 9, 2010

Makluman kpd semua peserta giveaway

Terlebih dahulu saya mohon maaf krn lambat mengumumkan keputusan giveaway. Sebenarnya saya betul2 ada aral.. Byk perkara yg perlu diselesaikan, dgn masalah internet connection lagi... huhu...

Saya juga sebenarnya memikirkan cara yg terbaik utk memuaskan hati semua pihak... Ini kerana (seperti yg anda semua maklum) penyertaan utk kategori A lebih ramai dari kategori B. Dan saya juga memikirkan cara yg terbaik utk memilih the lucky winner...

Dengan itu saya telah mengambil keputusan untuk 'tetap' pada syarat asal giveaway (kategori A dan kategori B) dan saya akan menggunakan random.org, berdasarkan klik "generate" saya yg pertama (yg pertama yer, tiada yg kedua atau ketiga bg setiap kategori). Saya rasa itu yg terbaik.

Jadi, saya akan umumkan keputusannya secepat mungkin... (mungkin esok, kalau takde aral insya-Allah)... Saya pun tak senang selagi tak umumkan pemenangnya n tak poskan hadiah... huhu... So saya harap anda semua bersabar dan teruskan menyokong saya (blog saya ini!!)....

Terima kasih kerana sabar menunggu....

p/s: Saya tahu penantian itu satu penyeksaan.. sbb saya pun selalu masuk giveaway/ lucky draw nih... huhu..

Thursday, February 4, 2010

Senarai semua peserta giveaway... sila semak!!

Kepada semua peserta Happy Cloth Diapering Giveaway, sila semak nama anda (kot ada yg terlepas pandang) n sila semak kategori anda betul ke tak... Kalau ada yg tak termasuk dlm senarai ataupun berada dlm kategori yg tak betul, sila bgtahu yer....

Kategori A:

1. anin
2. idafamily
3. zaikulim
4. LisaVSKhusairi
5. arissa.soleha
6. mummysue
7. Aishah Megahasz
8. Marsha
9. Aimy
10. liwaniel
11. yantz-yeem
12. i'm a mother
13. rose (ibu rafiq)
14. NoR
15. MamaLyna
16. my.mastura
17. CatlinaFly
18. azura
19. diya
20. seiza

Kategori B:

1. diLa
2. ummu Adam
3. Mama Darwisya
4. CikMin
5. Mama Tisya
6. Ealyie
7. nadnye
8. Uda
9. Ammi Sara
10. Zana
11. oren

Nampaknya peserta utk kategori A lebih ramai drp kategori B, takpelah yer...

BTW, terima kasih kepada semua yg sudi sertai giveaway saya (yg tak seberapa ni) n nantikan keputusannya.... (Saya plak yg berdebar.. huhu... Kalau boleh nak bagi dekat semua sorang satu tapi apakan daya, belum kaya lagi....)

p/s: Mujurlah tak ramai sgt masuk.. Tapi ni pun dah pening... huhu... Agaknya kalau sampai 100 penyertaan tu mau berpinar mata nak 'ngecek' satu-satu...

Monday, February 1, 2010

Penyertaan ditutup!!

Happy Cloth Diapering Giveaway telah pun berakhir pada 31 Januari 2010. Jadi dengan ini penyertaan telah ditutup.

Kepada semua peserta, sila berikan saya masa utk review/ terjah semula blog anda n ada lagi beberapa yg belum terjah. Ada juga yg belum complete (ya, saya bagi sedikit masa lagi).

p/s: Saya sebenarnya taknak begitu strict dgn syarat yg ditetapkan tu (saya pun malas n tak larat), but to be fair n square to all, tepaksa... huhu... Insya-Allah saya akan keluarkan senarai semua peserta secepat mungkin.